Skip to main content

Posts

CORETAN : Uish ....Peliknya Bunyi Kereta Ni

Hari ni Rabu 18 April 2018 .Saya sebenarnya susah hati . Pasal apa ? . Hmm.... dah setahun kereta waja mula bunyi berdicit-dicit di belakang sebelah kiri kereta . Jujur memang tak tahu sangat pasal kereta. Kalau periksa air, minyak power stering, minyak hitam bolehlah. Biasanya  tanya dekat adik beradik lelaki saya. Kalau terlalu teknikal memang terpaksa bawa ke bengkel. 
      Bunyi berdicit tu mula dari tahun lepas lagi. Buat saya bertambah risau bila bunyi tu jadi lagi kuat. Sebelum ni  ingatkan burung tersepit ke ape. Macam biasa saya terus berhenti tepi jalan. Bila tengok , 'confirm' memang tiada burung ataupun benda-benda pelik. Lagi berderau hati ni. Depan mak, saya buat macam biasa . Kalau saya risau, mak lagi risau. Rasa tak seronok , pandu kerete bunyi macam tu. Alahai kereta apa dah jadi ni.Merajuk dengan saya ke ?.
       Saya ke bengkel. Nak pastikanlah apa dah jadi sebenarnya.  Tak jauh pun dari rumah tak sampai 20 minit pun. Selalunya kalau bab nak baiki kereta a…

DEAR DIARY - Minggu 2

Minggu pertama  mula dari 11 April - 14 April . Minggu yang sukar untuk saya. Hari pertama dan ke dua badan saya lemah dan pening kepala. Nak buat aktiviti dalam keadaan macam ni sememangnya satu halangan besar. Emosi saya jadi tunggang langgang. Jadi hari ketiga saya tinggalkan diet Atkins . Saya memang tabik kepada sesiapa yang lalui dua minggu diet Atkin dengan "pantang larangnya". Cabaran memang hebat. 
  Jadi ape perancangan saya ?. Nak tinggalkan Diet Atkin ke ?. Tak payah berdiet ?. Kalau teruskan cara pemakanan macam sebelum ni, alamatnya bertambah kembang badan ni. Jadi saya kena kurangkan jumlah kalori yang saya ambil.
   Untuk kira jumlah kalori boleh klik disini . Masukkan maklumat seperti umur, tinggi,berat dan tahap melakukan aktiviti seharian. Macam saya umur : 33, tinggi : 158cm, Berat : 111kg, tahap saya melakukan aktiviti seharian : 1. Kemudian tekan butang calculate. Keputusan seperti di bawah :



Dapat tengok keputusan macam dekat atas tu. Jika  nak kekalkan …

DEAR DIARY - Menu please.......

Sebut pasal diet mesti dah terbayangkan apa yang boleh atau tak boleh makan.Kalau tanya apa saya rasa sekarang ? Perasaan..... sudah tentu nak mengelak sebab masa ni saya kena tinggalkan makananan yang saya suka. Atas faktor kesihatan sendiri kena kuatkan semangat. Harap  bila lalu di depan kedai bakeri , warung cendol atau mana-mana tempat yang ada makanan yang manis, saya tidak mudah tergoda.

      Berkut adalah jadual pemakanan yang saya akan ikut sepanjang seminggu :

Ahad
Sarapan : Telur rebus 
Makan malam : Sup sayur kubis + Ikan bilis goreng

Isnin 
Sarapan : Telur Dadar – 2 biji telur, Cili padi – 3 Pcs,Hirisan timun Makan malam : Kangkung 100gram , bawang putih 4 ulas , Ikan bilis goreng
Selasa
Sarapan : Telur rebus - 2 biji + lada hitam
Makan malam : Tumis kubis - 1 cawan , Tomato , Bawang putih

Rabu
Sarapan : Telur scrambled - 2 biji + lada hitam 
Makan malam : Ikan bakar + lada hitam

Khamis
Sarapan : Telur dadar  - 2 biji telur + bawang kecil + cili padi 
Makan malam : Ayam goreng kunyit 2/…

DEAR DIARY - Jurnal : Minggu pertama

Assalamualaikum dan Hai....... minggu ni, minggu pertama saya dengan diet Atkins.Hari pertama, saya rekodkan perkara berikut :

Tarikh : 10 April 2018 Tinggi : 158 cm Berat : 113 kg Pinggang : 42 "  Pinggul : 52 " Gambar untuk dikenang. Maaf la.....gaya macam ni je boleh buat. Jangan gelak ek......


Emosi : 

Pertama kali tengok gambar sendiri dalam keadaan macam ni memang sedih. Biasanya ambil gambar paras kepala ke dada. Memanglah tidak rasa apa-apa sebab dah diedit. Nampak cantik. Bila tengok gambar sendiri macam ni, hati pun sama-sama runtuh. Kecewa dengan diri sendiri sebenarnya. Masa ni barulah kita nampak apa yang orang lihat pada diri kita. Yang mampu saya buat sekarang cuma boleh marahkan diri sendiri. Jujur saya cakap bila masa macam ni lah makanan jadi penenang tapi saya tahankan diri. ini baru dugaan kecil takkan cepat sangat nak kecewa. Apa-apa pun lebih baik sedar sekarang sebelum terlambat. 
Keadaan fizikal :
Perut dah terkedepan dan yang paling ketara lengan saya tu. Kemb…

DEAR DIARY - Lakukan Ini Dahulu

Salam ceria ...... ada yang nak mula kurangkan berat badan  ke? Bagus tu. Mesti ada perasaan tak seronok kan sebab terpaksa tinggalkan makanan yang kita suka. Coklat, Muffin , Kuey teow Goreng, aiskrim.....you name it . Memang sedap.Takpe.....yang penting kita kena sihatkan badan kita dulu. Capai berat badan ideal . Insyallah lama-kelamaan boleh ajar diri kita supaya makan makanan yang lebih sihat.  Masa saya tulis post ni , saya baru nak mulakan Diet Atkins. Yang penting kena kenal dengan diet yang kita nak buat dan 'pantang larang'nya.
    Sebelum mulakan diet jangan lupa pentingnya dokumenkan perjalanan anda ketika sesi berdiet. Barulah kita dapat tengok perubahan semasa tempoh tu.  Macam manalah nak buat tu......Yang ini apa yang saya baca di beberapa website dan sangat membantu.

1. Ambil gambar Ambil gambar dari bahagian depan, belakang ,sisi kiri dan sisi kanan. Tidak perlu ambil setiap hari. Lakukannya seminggu sekali atau sebulan sekali.
2. Timbang berat Perkara pertama se…

CORETAN - Oooh Canva.... Aku Sukakan Kamu

OOh Canva..... saya sukakan awak. Jangan salah faham ya sebab Canva ni bukannya orang pun. Canva ni sebenarnya laman web reka bentuk grafik yang gunakan format drag-and-drop. Boleh akses lebih daripada sejuta gambar. Sesiapa yang suka reka bentuk dan grafik media web dan cetak , apa kata cuba Canva ni. Hasil yang cantik dan senang buat saya jatuh hati dengan canva. Ini antara hasilnya : 



Berminat klik di CANVA Anda akan nampak screen macam ni :


Buat anda yang baru nak daftar dengan Canva boleh pilih antara 5 pilihan.  Pilih salah satu dan klik . Contohnya, saya klik pilihan ke dua  - small business (startup & blog ) Bila klik anda akan lihat ini :


Saya tandakan 'arrow' kuning untuk yang baru nak daftar. Boleh pilih samada dengan akaun Google atau dengan e-mail.  Kalau yang dah daftar klik di log in. Saya tandakan dengan 'arrow' putih Anda akan lihat ini :

Boleh lihat banyak jenis templete Blog Title, Facebook Post, Facebook Cover dan lain-lain. Pilih mana yang anda suka. …

DEAR DIARY - Plan untuk Turunkan Berat Badan

Post sebelum ini saya ada cerita tentang masalah obesiti yang saya hadapi. Nak atasi masalah ni, kenalah turunkan berat badan sehingga capai berat badan yang ideal. Persoalannya sekarang macam mana nak kurangkan berat badan dengan betul ? Sebelum ni, saya pernah cuba macam-macam cara tapi gagal. Kenapa ? Semasa proses tu saya berlapar.  Itu sebab mudah putus asa di tengah jalan. 
  Selain rujuk dengan doktor, selalunya saya akan cari maklumat di internet. Banyak benda baru kita akan jumpa tapi yang mana satu yang kita nak mulakan dulu. Ini antara tiga cara bagi saya bagus untuk mulakan dalam proses kurangkan berat badan :

1. Kurangkan Gula dan Kanji
Bahagian yang paling penting ialah kurangkan gula dan kanji ( karbohidrat ). Dengan cara ini boleh turunkan tahap kelaparan. Menfaat lain boleh turunkan tahap insulin dan boleh turunkan berat badan tanpa rasa lapar.
2. Makan protein, lemak dan sayuran
Setiap hidangan perlu masukkan sumber proten, lemak dan sayur-sayuran rendah karbohidrat.…